Kematian Pencipta Crayon Shin-Chan



Pencipta manga Crayon Shin-Chan - Usui Yoshito, dilaporkan telah hilang dan keluarganya meminta bantuan polis bandar Kasukabe, Wilayah Saitama supaya melancarkan usaha mencari. Polis Wilayah Saitama telah menghubungi pihak polis di wilayah Nagano dan Gunma yang berhampiran supaya meluaskan skop pencarian. Syarikat penerbit Usui, Futabasha, telah memberitahu akhbar Sankei Shimbun "Dia langsung tidak menghubungi kami dan kami amat risaukan dia". Namun insiden ini berakhir dengan kematian.



11 september, Usui meninggalkan rumah untuk aktivit kegemarannya iaitu hiking di kawasan bukit Gunma dan terus hilang. Sehingga 16 september, mangaka berusia 51 tahun itu masih belum ditemui. 14 september isyarat telefon bimbit Usui dikesan buat kali terakhir di Karuizawa, sebuah bandar kecil kira-kira 100km di barat laut Kasukabe. Insiden ini telah mengejutkan masyarakat Jepun dan peminat Shin-Chan dari seluruh dunia. Beberapa laman web manga turut mengadakan doa secara online demi keselamatan Usui. Pada 20 September, pihak berkuasa mengumumkan pekembangan yang paling buruk dengan mengesahkan kematian Usui. Mayat Usui ditemua pada 19September di lokasi 120 meter didalam sebuah gaung di Bukit Arafune. Bag, kamera dan barangnya tercampak 50 meter dari tempat kejadian. Helikopter polis Wilayah Gunma membawa mayat Usui ke bandar Shimonita yang berhampiran dan mendapati punca kematiannya adalah kecederaan parah di paru-paru dan luka-luka di seluruh badan.

 Pihak editor majalah Manga Town di futabasha juga menumumkan penerbitan Crayon Shin-chan akan diberhentikan. "Ianya satu kejutan besar bagi semua pihak, dan kesannya amat teruk sekali. Tiada sebarang kata yang mampu menterjemahkan kesedihan keluarga mendiang. Kami berdoa semoga roh mendiang bersemadi dengan aman" Crayon Shin-Chan mengisahkan tentang watak seorang pelajar tadika yang nakal, Nohara Shinnosuke, yang tinggal di kampung halaman Usui sendiri iaitu bandar Kasukabe. Usui melancarkan manga populor ini dalam majalah Weekly Manga Action pada Ogos 1990 dan meneruskan sirinya setelah berpindah ke Manga Town dan majalah terbitan Futabasha yang lain. Sejak tahun 1992, syarikat Shin'ei'Doga telah menadaptasikan manga ini kepada siri anime yang sentiasa mendapat rating teratas dan siri Shin-Chan juga mempunyai 17 filem anime.

(artikel ini diambil dari Majalah Kreko no 28 terbitan 1 oktober)